3 pilihan jenis Kembara – Mengikut Kumpulan atau Persendirian (Private) atau DIY

Pilihan Jenis Kembara - Mengikut Kumpulan

Kembara mengikut kumpulan iaitu kumpulan yang bersaiz melebihi 20 orang. Agensi pelancongan selalunya akan membuat perancangan dimana tiket-tiket penerbangan akan dibeli terlebih dahulu dengan membayar deposit. Dari situ syarikat Agensi pelancongan dapat merancang tarikh-tarikh berlepas yang diingini. Pelanggan pula, hanya perlu membayar deposit yang rendah semasa buat tempahan, manakala bayaran penuh diperlukan 45 hari sebelum tarikh berlepas. Kembara Mengikut Kumpulan selalunya diketuai oleh 'Tour Leader' yang dilantik oleh syarikat Agensi pelancongan.

Kembara Berkumpulan

Kembara Mengikut Kumpulan sesuai bagi mereka yang ingin mengawal bajet disebabkan dalam banyak perkara ianya telah dimasukan ke dalam itinerari. Bagi Kembara 'Full Board' ianya bermaksud, makanan disediakan 3 kali sehari, manakala 'Half Board', makanan disediakan 1 hingga 2 kali sehari. Selain itu pelanggan perlu keluarkan belanja sendiri.

Satu lagi, tiket masuk ke tempat-tempat yang memerlukan tiket, ada yang telah dimasukan bersama dengan kos pakej. Manakala ada yang tidak, jadi semestinya pelanggan perlu benar-benar meneliti itinerari yang diberikan.

Pilihan Jenis Kembara -Kembara Persendirian (Private)

Kembara Private selalunya kumpulan yang bersaiz kurang dari 10 orang dan ianya dikenali juga sebagai FIT atau 'Free Independent Traveller'. Walaubagaimanapun bagi institusi korporat atau keluarga besar, mereka mungkin juga punyai peserta melebihi 10 orang. Agensi pelancongan selalunya akan membuat pembelian tiket penerbangan secara FIT bagi kumpulan dibawah 10 dan bagi kumpulan diatas 10, tiket-tiket penerbangan akan dibeli secara GIT iaitu mereka akan membeli terlebih dahulu dengan membayar deposit. Kembara private memerlukan deposit yang lebih besar disebabkan, tiket-tiket perlu dibayar segera.

Persediaan Sebuah Kembara

Kembara Private sesuai bagi mereka yang ingin melancong hanya bersama keluarga atau kawan-kawan sendiri sahaja. Kembara Private lebih fleksibel, dimana mereka boleh tentukan itinerari ikut kehendak mereka. Cuma masalah kembara private kumpulan FIT, selalunya kos akan jadi lebih mahal. Untuk kurangkan kos, syarikat Agensi Pelancongan mungkin tidak menghantar 'Tour Leader' untuk bersama kumpulan. Manakala Tour Guide di tempat lawatan selalunya adalah juga merupakan pemandu kenderaan yang digunakan semasa berlangsungnya kembara.

Pilihan Jenis Kembara -Kembara DIY

Kembara DIY atau 'Do It Yourself'. Ini adalah jenis kembara yang dirancang sendiri oleh anda. Kembara DIY memerlukan anda untuk benar-benar memahami destinasi tempat anda ingin pergi. Kembara DIY mungkin lebih menjimatkan disebabkan beberapa perkara. Anda tidak memerlukan 'Tour Leader' manakala bagi 'Tour Guide', anda mungkin boleh book secara online. Manakala bagi transport anda boleh gunakan public transport dan disesetengah tempat anda juga boleh book online. Anda boleh pandu sendiri dan semestinya kos driver anda sudah tak perlukan. Manakala berkenaan makanan, anda boleh makan makanan yang simple dan sebahgian dibawa makanan dari Malaysia yang boleh disediakan segera pada harga yang jauh lebih murah. Tentang penginapan anda mungkin sewa rumah seperti homestay yang harganya untuk anda satu kumpulan akan jadi jauh lebih rendah dari menyewa hotel.

Japan Osaka

Kembara DIY sesuai bagi orang muda yang lebih tahan lasak dan ingin melancong mengikut selera sendiri. Kembara DIY tentunya itinerari disediakan oleh anda sendiri dan anda boleh salin dari mana-mana itinerari yang ada di internet.