melancong atau mengembara...

Bukanlah lari dari kehidupan,

Yang Pasti, Kita akan lebih memahami Kehidupan.

KelanaSenja

KELANA SENJA, KEMANA KITA?

Di hentian ini
Aku saksikan air kali yang mengalir
Jernih bersih terus saja menderu
Semestimya tidak dia kekal disitu
Keluar dari bumi, meredah merentasi tanah dan bebatu
Tidak pernah jemu menyanyikan irama alam
Gemersik dari deruan air dan semilir angin
Tak terlukiskan sebuah kepuasan

Tiba-tiba pintu hati disapa kesayuan
Berbunga penuh rasa syukur
Kali ini hamba berkelana lagi
Mengheret langkah yang penuh longlai
Dikala senja yang mengintai
Semakin terasa cemas hilangnya waktu
Tertanya kenapa begitu cepatnya
Tanpa menunggu, waktu untuk ku terus saja beredar

Bila ketika berubah, lalu segalanya berubah
Musim pun berubah
Teman taulan berubah
Sekitar kita berubah
Gunung, lurah, air dan pohon-pohon pun berubah
Kita juga berubah !

Ya Tuhan, Selagi hambamu miliki kudrat
Hamba akan berkelana lagi dan lagi
Meski hampa fahami, tiba waktunya kelana kita akan terhenti
Kerana begitulah janjinya fitrah insan
Akhirnya kita akan berkelana ke daerah tanpa cerita
Kita sudah tidak menempati ruang
Waktu pun terhenti
Tuhan terimalah ibadah kami

KEMBARA MUSTAQIM
Mostar
Bosnia Herzegovina
25 Julai 2016

Kemana Kita
Kali Ini ?

Rancangan Kembara
5 Persediaan Untuk Sebuah Kembara Yang Anda Perlu Tahu
Kemana Kita ?: Bila anda merasakan ingin mulakan satu pengembaraan yang baru. Jangan lupakan 5 perkara ini bagi memastikan perjalanan anda kali ini berjalan dengan sempurna.
Istanbul Masjid Sulaiman
10 Destinasi sebagai Muslim yang perlu anda sampai jika mampu
Kemana Kita ?: Sebagai seorang muslim, keperluan pengembaraan bermula dari tuntutan menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Terdapat banyak destinasi bersejarah yang merupakan wilayah dimana Islam pernah makmur satu ketika dulu. Menuruti jejak sejarah itu menjadikan kita lebih mengkagumi kehebatan Tamaddun Islam disatu ketika.
Kembara Berkumpulan
Kembara mengikut kumpulan atau Kembara Persendirian (Private) atau Kembara DIY
Kemana Kita ?: Di sini, kami bincangkan dan bandingkan baik dan buruknya kembara mengikut kumpulan besar atau kembara persendirian atau kembara DIY.
1+
BENUA & SUB BENUA
1+
NEGARA
1+
DESTINASI
1+
AGENSI KEMBARA

CABARAN DESTINASI PERGUNONGAN

Gunung Semeru, Malang Indonesia

kembara Sebagai Ibadah - Umrah Ziarah

Berihram ibadah umrah