Kisah Uncle Sebagai Petugas Umrah
Waktu dinner semalam Puan Emma tanya ..
Dah berapa kali Uncle bertugas Umrah untuk In Saff Travel?
Emm..tak ada jawapan.. tahun ni dah 4 kali umrah.
Kalau ke Turki dah 26 kali ![]()
![]()
Uncle mula bertugas sebagai group leader umrah bersama In Saff pada 2019. Walaupun pada permulaannya keputusan untuk menggunakan khidmat Group Leader dari kalangan yang bukan berstatus Ustaz atau berpendidikan Agama, boleh berbahasa Arab mendapat sedikit kerisauan dan tentangan dari pihak pengurusan, tapi mereka tiada pilihan pada ketika itu. Mereka ada satu hari untuk submit nama kepada airlines. Group leader yang sepatutnya bawa tidak dapat bertugas kerana ada urusan lain.
Uncle diberi tugas mengendalikan jemaah In Saff untuk pakej 22 hari 20 malam. Pakej 22H 20M ke2 yang dianjurkan oleh In Saff. In Saff pencetus pakej 22 hari 20 malam.
Memang tak senang duduk bos besar bila mana utk trip pertama pakej jangkamasa panjang 22H 20M ada banyak issue-issue yang timbul. Apa lagi kali kedua ini pula menggunakan Group Leader ‘yang baru nak start.. bukan USTAZ’.
Agak mengejutkan selama 22H pakej berlalu.. tiada issue yang menyerabutkan pihak pengurusan .. semuanya terurus dengan baik dan issue2 dapat dikendalikan dengan baik oleh Uncle dengan pihak operasi di sana.
Alhamdulillah.. sekembali Uncle dari tugasan Uncle dijemput oleh pihak pengurusan In Saff untuk berkongsi ilmu juga tips mengendalikan jemaah juga mengendalikan program dengan baik.
Walaupun Uncle jauh dari yang terbaik tapi sedikit ilmu asas sebagai Tour Guide juga pengalaman semasa berkerja banyak menyumbang dalam mengendalikan urusan Umrah ini.
InsyaAllah hujung tahun ini Uncle nak ajak rakan2 bersama pakej Umrah 12H 10M bersama Uncle. Jom kita refresh diri dengan mengerjakan Umrah. Detail pakej Uncle kongsikan di bahagian komen.
Boleh wasap Uncle untuk sebarang pertanyaan.
