6 Tempat Paling Istimewa di Mesir untuk Pencinta Sejarah sambil Bersantai
Kahirah merupakan bandar kepada lebih daripada 10 juta orang penduduk. Ia juga merupakan sebahagian daripada berkumpulnya ikon-ikon bersejarah yang terbesar di Afrika, dunia Arab, dan Timur Tengah. Kaherah hari ini adalah sebahagian daripada Mesir purba, kerana kompleks piramid Giza dan bandar-bandar purba Memphis dan Heliopolis terletak berhampiran. Terletak berhampiran Delta Nil, sebuah penempatan terdahulu yang bernama Fustat berikutan penaklukan Muslim Mesir pada tahun 641 bersebelahan dengan kubu Rom purba sedia ada, Babylon.
Kaherah diasaskan oleh dinasti Fatimiyah pada tahun 969. Ia kemudiannya menggantikan Fustat sebagai pusat bandar utama semasa zaman Ayyubid dan Mamluk (abad ke-12–16). Sejak dari awal lagi, Kaherah telah menjadi pusat kehidupan politik dan budaya yang bersejarah, dan diberi gelaran "kota seribu menara" kerana keutamaan seni bina Islamnya. Pusat bersejarah Kaherah telah dianugerahkan status Tapak Warisan Dunia pada tahun 1979.
Jika anda mengimpikan satu percutian yang memupuk cinta anda terhadap sejarah purba dan juga memberi anda masa untuk berehat, Mesir ialah destinasi terbaik anda. Daripada binaan kuil-kuil Firaun yang megah dan juga piramid yang tegak berdiri sekian lama seterusnya kepada pelayaran merentasi Sungai Nil yang disebalik ketenangannya, menyimpan sejuta kisah. Tak terlupa kita kepada taman oasis di padang pasir, semestinya negara Mesir menawarkan keseimbangan yang sempurna antara kekaguman dan keselesaan.
Berikut ialah panduan ke tempat terpilih kami untuk mereka yang bercadang pergi ke Mesir bagi melihat tempat-tempat bersejarah dan juga peranginan. Supaya anda boleh melancong mengikuti jejak Rasul-Rasul dan masih punyai masa untuk menghirup teh bunga raya di tebing Sungai Nil.

Kuil Luxor
1. Luxor: Dimana Sejarah terus hidup dengan Perlahan
Luxor dipanggil "muzium terbuka terhebat di dunia", sebab itulah, Luxor wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang meminati sejarah Mesir purba. Luxor, bukan hanya menghidangkan kisah tentang kubur dan kuil, ia juga merupakan salah satu tempat yang agak damai untuk berehat, jauh dari hiruk-pikuk kesibukan kotaraya.
Sorotan Sejarah:
Kuil Karnak: Kompleks kuil besar yang mengambil masa lebih 2,000 tahun untuk dibina.
Lembah Raja-raja: Tempat peristirehatan terakhir Tutankhamun dan firaun lain.
Kuil Hatshepsut: Seni bina yang menakjubkan yang terletak di atas tebing batu kapur.
Tip bersantai:
Menginap di resort yang mempunyai pemandangan ke arah Sungai Nil dan nikmati pagi yang tenang di tepi kolam renang.
Naiki felucca (sebuah bot layar) di waktu matahari terbenam di Sungai Nil.
Manjakan diri anda dengan spa selepas menerokai makam.

Felucca di Sungai Nil berhampiran dengan Aswan
2. Aswan: Ketenangan Purba di Sungai Nil
Aswan ialah permata di selatan Mesir—kurang sesak, lebih santai dan sangat bersejarah.
Sorotan Sejarah:
Kuil Philae: Kuil pulau yang indah yang didedikasikan untuk Isis.
Obelisk Tapak Binaan Belum Selesai: Tengok teknik kerja batu kuno.
Muzium Nubian: Selami kekayaan budaya di selatan Mesir.
Tips Bersantai:
Menginap di Hotel Sofitel Old Cataract, tempat Agatha Christie menulis sebahagian daripada kisah 'Death on the Nile'.
Belayar felucca dan saksikan matahari terbenam di atas Pulau Elephantine.
Terokai perkampungan Nubia yang tenang dengan rumah berwarna-warni dan penduduk tempatan yang mesra.

Nile Cruise berlabuh di tengah Sungai Nil di waktu malam
3. Pelayaran Sungai Nil (Nile Cruise): Kesempurnaan dalam Kepelbagaian, suatu pelayaran yang mengimbangi sejarah dan juga santai.
Jika anda ingin menyelami sejarah dalam tempoh waktu perjalanan yang singkat, pelayaran Sungai Nil menawarkan sesuatu yang anda cari yang tiada tandingannya. Hotel terapung ini meluncur dari Aswan ke Luxor (atau sebaliknya), singgah di tapak lagenda di sepanjang pelayaran.
Sorotan Sejarah:
Kuil Kom Ombo: Didedikasikan kepada Sobek dan Horus.
Kuil Edfu: Salah satu kuil yang paling terpelihara di Mesir.
Perjalanan harian dilengkapi dengan santapan mewah bersama waktu untuk spa dan bersantai di kolam renang di atas kapal.
4. Oasis Siwa: Di sini bertemunya Sejarah dan Ketenangan.
Terletak di padang pasir barat Mesir, Siwa adalah pelarian rohani. Ia adalah gabungan tradisi kehidupan kaum Berber bersama runtuhan Greco-Rom dan keunikan alam semula jadi.
Sorotan Sejarah:
Kuil Oracle of Amun: Tempat Alexander the Great diisytiharkan sebagai tuhan.
Kubu Shali: Kubu bata lumpur dari abad ke-13.
Tip Bersantai:
Terapung di tasik garam atau berendam di Cleopatra's Bath.
Menginap di pondok eko yang diperbuat daripada bahan semula jadi.
Cuba mandi pasir terapeutik, semestinya satu pengalaman yang luar biasa.

Masjid dan Universiti Al-Azhar di Kaherah
5. Kaherah: Pusat Perkembangan Ilmu Islam sedunia.
Kaherah boleh menjadi sibuk, tetapi ia tidak semestinya menyerabutkan — terutamanya jika anda telah merancangnya dengan betul.
Sorotan Sejarah:
Piramid Giza dan Sphinx: Keajaiban ikonik Mesir.
Muzium Mesir: Rumah mumia, khazanah Raja Tut dan banyak lagi.
Masjid Al-Azhar: institusi pengajian tinggi Islam yang telah lama menghasilkan Ulamak ke seluruh dunia Islam.
Tip Santai:
Menginap di Marriott Mena House sambil menyaksikan pemandangan piramid dari kolam renang.
Nikmati makan malam atas bumbung di Zamalek atau berjalan-jalan di Taman Al-Azhar.
Tempah lawatan setengah hari bersama pemandu pelancong untuk mengelakkan tekanan perancangan.

Menaiki bot di Sharm El Sheikh
6. Laut Merah + Masjid Sahabat
Selepas tenggelam dalam keajaiban Mesir purba, elok juga pergi ke pantai Laut Merah untuk berehat.
Kisah Sejarah:
Wadi Muqaddas (kisah semak-samun yang terbakar) dan juga Matair Nabi Shuaib sambil mendaki Bukit Tursina
Masjid Sahabat
Tip Santai:
Santai di Sharm El Sheikh, Hurghada atau Dahab.
Pergi snorkeling atau baring sahaja di pantai atau menaiki bot kaca bagi melihat dasar Laut Merah.
Tempah resort dengan rawatan spa dan tempah makan di tepi pantai.
Nota Akhir
Sama ada anda mengagumi Piramid Giza, belayar di Sungai Nil atau terapung di tasik masin di Siwa, Mesir mampu memuaskan kehendak anda untuk menghayati kesan sejarah tanpa mengorbankan keperluan anda untuk berehat dan 'healing'.
Jadi teruskan—bak kata pepatah Mesir, berjalanlah seperti Nabi Musa, kemudian tidurlah seperti firaun.