10 Tempat Paling Menarik di Istanbul: Perjalanan Merentas Masa dan Budaya
Istanbul berkhidmat sebagai ibu kota empayar selama hampir 1600 tahun: ianya merangkumi empayar Byzantine awal (330–1204), Latin (1204–1261), Byzantine terkemudian (1261–1453), dan Uthmaniyyah (1453–1922). Bandar ini telah berkembang sekian lama dari segi saiz dan pengaruh, akhirnya menjadi mercu tanda kepada Jalan Sutera dan salah satu bandar terpenting dalam sejarah dunia. Bandar ini memainkan peranan penting dalam kemajuan agama Kristian pada zaman Rom dan Byzantine, menjadi tuan rumah kepada empat daripada tujuh majlis ekumenikal yang pertama sebelum transformasinya kepada kubu kuat Islam berikutan kejatuhan Constantinople pada 1453 CE—Ia itu setelah menjadi pusat pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1517. Sebelum 1517, Khalifah Uthmaniyyah berpusat di bandar Bursa. Pada tahun 1923, selepas Perang Kemerdekaan Turki, Ankara menggantikan bandar itu sebagai ibu negara Republik Turki yang baru dibentuk dengan berakhirnya kesultanan Uthmaniyyah.

Istanbul bukan hanya sebuah bandar—ia adalah pengalaman yang akan terus menerus teguh tertanam dilipatan memori. Istanbul ialah di mana Timur bertemu Barat, di mana empayar bangkit dan jatuh, dan di mana setiap sudut jalan membisikkan kisah-kisah perjuangan manusia dari zaman ke zaman. Sama ada anda penggemar sejarah, penggemar makanan atau pengembara biasa-biasa, Istanbul semestinya mempunyai sesuatu yang ajaib untuk anda.
Di sini saya ingin membantu untuk anda untuk mengenali 10 tempat paling menarik di Istanbul, yang mesti anda lawati sekiranya anda ke Istanbul.

Hagia Sofia -Pandangan di sebelah dalam di tingkat atas
1. Hagia Sophia (Ayasofya)
Ianya bermula sebagai sebuah gereja yang dibina di zaman Empayar Byzantine, kemudian ditukarkan kepada masjid dizaman Sultan Muhammad Al-Fateh, yang kemudiannya ditukar kepada sebuah muzium dizaman Mustapha Kamal At Taturk, dan kini bermula diwaktu pemerintahan Erdogan ianya menjadi sebuah masjid sekali lagi— Mungkin benar sekiranya ada yang mengatakan 'Hagia Sophia adalah jiwa Istanbul'. Dibina pada tahun 537 Masihi, rekabentuk kubah besarnya dan ukiran mozek yang menakjubkan telah menggabungkan warisan Kristian dan Islam dengan cara yang paling mengagumkan.
Tip Perjalanan: Tiba awal untuk memastikan tidak terserempak dengan orang ramai dan boleh luangkan lebih masa bagi menghayati seni kaligrafi yang rumit bersama dengan susunan serta ukiran mozek yang berwarna emas. Bagi mereka yang beragama Islam, pastikan anda ke sini untuk solat subuh berjemaah bersama, anda akan diberikan masuk percuma dan anda juga punyai banyak waktu untuk melihat bahagian dalam sepuas-puasnya.

Pemandangan Masjid Biru dari sebuah hotel butik di kejiranan Sultanahmed
2. Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmed)
Terletak betul-betul bertentangan dengan Hagia Sophia, Masjid Biru yang berdiri penuh dengan kemegahannya. Ianya dinamakan sedemikian bersempena ianya dibina dengan 20,000 jubin İznik biru yang menghiasi bahagian dalamannya. Masjid ini telah dibina pada awal abad ke-17, dan ianya masih berfungsi sebagai tempat ibadat umat Islam di kejiranan Sultanahmed.
Tip Perjalanan: Pelawat Muslim boleh melawat diwaktu solat sambil mengerjakan solat manakala lain-lain pelawat dialu-alukan di luar waktu solat. Jangan lupa berpakaian sopan dan tanggalkan kasut sebelum masuk.

Model Istana Topkapi yang terletak bersebelahan laut Marmara
3. Istana Topkapi
Melangkah ke dunia kesultanan Uthmaniyyah, rasai keagungan dan kemawahan Sultan di Istana Topkapi. Bersiar-siar di halaman yang bersaiz cukup besar sambil mengagumi perbendaharaan Sultan yang ditinggalkan. Lihat juga kehidupan dan kemewahan peribadi Sultan terutama di bahagian Harem.
Menarik untuk dilihat: Bilik Peninggalan Suci, menampilkan barang-barang yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Pemandangan Tiang-Tiang di Basilica Cistern
4. Tangki Basilika (Basilica Cistern)
Anda rasa perlu berehat dari panas terik matahari? Apa kata, anda pergi ke bawah tanah iaitu ke Basilica Cistern, takungan air yang buatannya sangat indah yang disokong oleh 336 tiang marmar. Pencahayaan yang malap dan pangkalan lajur kepala Medusa menjadikan tempat ini semestinya satu memori yang tidak dapat dilupakan.
Fakta Menarik : Tangki ini pernah membekalkan air ke Istana Besar Constantinople.

Terdapat 22 pintu masuk ke Grand Bazar. Pastikan anda ingat pintu keberapa yang anda masuki !
5. Bazar Besar (Kapalıçarşı - Grand Bazar)
Orang Malaysia memang suka shopping ? Di bazar yang telah berumur ribuan tahun dan memiliki ribuan gerai-gerai semestinya anda boleh tersesat di Grand Bazaar, Istanbul. Di sini terdapat lebih daripada 4,000 kedai yang menjual bermacam perkara daripada permaidani dan rempah ratus kepada barang kemas dan lampu-lampu tradisional turki. Mungkin menjadi beban kepada citarasa anda tetapi dengan cara yang terbaik.
Tip Berbelanja: Tawar-menawar adalah sebahagian daripada keseronokan, jadi tingkatkan kemahiran tawar-menawar anda!

Pemandangan di sebelah dalam Spice Bazar
6. Bazar Rempah (Mısır Çarşısı - Spice Bazar)
Bersaiz lebih kecil dan baunya lebih wangi daripada Grand Bazaar, Spice Bazaar adalah syurga bagi penggemar makanan. Simpanan bahan mentah makanan Turki seperti kunyit, teh dan buah-buahan kering.
Mesti Cuba: Teh epal dan hidangan Turki yang berinti pistachio.

Galata Tower - Pemandangan merentasi Selat Bosphorus dan Jambatan Galata
7. Menara Galata
Untuk pemandangan panoramik Istanbul yang terbaik, anda boleh naik ke Menara Galata yang bersejarah itu. Menara yang pada asalnya dibina pada tahun 1348. Ia menarik minat ramai untuk melihat pemandangan Kota Istanbul diwaktu matahari sedang terbenam. Dikala itu matahari memancarkan sinarnya yang keemasan dan Kota Istanbul bersinar dalam pantulan warna yang keemasan. Panorama Kota Istanbul yang sungguh indah.
Tip: Tempah tiket dalam talian atau tiba awal untuk mengelakkan beratur panjang.

Pemandangan di atas Bhosphorus Cruise
8. Pelayaran Bosphorus
Saksikanlah Istanbul dari sudut yang berbeza dengan pelayaran merentasi selat Bosphorus yang indah itu. Anda akan berada di atas selat yang menghubungkan dua benua, dan diwaktu itu anda juga akan melalui istana, masjid dan kawasan kejiranan yang menarik di sepanjang pantai Eropah dan Asia di Kota Istanbul.
Pilihan: Pilih pelayaran tempoh singkat atau pun pelayaran makan malam romantis yang diiringi muzik yang dimainkan secara live.

Pintu Gerbang Istana Dolmabahce
9. Istana Dolmabahçe
Istana ini dibina oleh Sultan Abdulmajid I ditahun 1843. Merupakan sebuah istana gaya Eropah yang mewah di tepi pantai, Dolmabahçe ialah gabungan keanggunan Uthmaniyyah dan seni bina Baroque. Ianya dihiasi dengan tangga kristal dan candelier besar yang merupakan penutup ruangan pameran.
Tahukah Anda? Mustafa Kemal Atatürk, pengasas Turki moden, menghabiskan hari-hari terakhirnya di sini.

Pandangan dekat Masjid Sulaiman dari satu sudut
10. Masjid Sulaiman
Mungkin Masjid ini kini bukan lagi berada dalam perhatian orang ramai dan juga kerajaan setelah terbinanya masjid baru iaitu Masjid Camlica. Masjid Süleymaniye berdiri megah diatas tanah tinggi dan boleh dilihat dari jauh terutama bila melalui Selat Bhosphorus dan Golden Horn. Masjid yang memiliki ruang yang luas, tenang dan megah ini telah direka oleh arkitek Uthmaniyyah yang terkenal iaitu Mimar Sinan. Ia kurang sesak berbanding Masjid Biru dan menawarkan tempat beribadah yang damai. Dari Masjid Sulaimaniye ini kita dapat lihat pemandangan Golden Horn dan Selat Bhosphorus yang menakjubkan.
Tip Lawatan: Lawati sekitar matahari terbenam untuk pengalaman rohani yang indah.
Bonus: Lain-lain Permata di Istanbul untuk Dijelajahi
Jalan Istiklal & Dataran Taksim – Hab moden untuk membeli-belah, hiburan malam dan makanan.
Ortaköy – Kejiranan Bosphorus yang menawan sesuai untuk makan di tepi pantai.
Princes' Islands - Sangat sesuai untuk lawatan sehari tanpa kereta, rumah agam lama dan berjalan kaki di kelilingi alam semulajadi.
Akhir Kalam
Istanbul ialah sebuah bandar yang bukan sahaja anda lihat—anda merasakannya. Sejarahnya yang berlapis-lapis, tradisi yang kaya dan budaya yang dinamik menjadikannya salah satu destinasi paling menawan di dunia. Sama ada ini kali pertama anda atau kali kelima anda, Istanbul tidak pernah kehabisan kejutan.
Bersedia untuk meneroka? Kemas beg anda dan biarkan Istanbul memikat anda.

KIZ KULESI - Menara Perawan (Bahasa Turki: Kız Kulesi), juga dikenali sebagai Menara Leander (Menara Leandros) telah pun wujud sejak zaman Byzantine iaitu di zaman pertengahan, merupakan sebuah menara yang terletak di pulau kecil yang berada di pintu masuk selatan selat Bosphorus. Jaraknya dalam 200 m (220 ela) dari tebing pantai Kota Istanbul, Turki. Anda akan dapat melihat Kiz Kulesi semasa pelayaran Bhosphorus.