5 Persediaan sebuah kembara yang anda wajib tahu
1. Persediaan Sebuah Kembara: Keperluan Bajet, Destinasi dan Itinerari
Anda perlu benar-benar pasti keperluan bajet yang anda ada, yang boleh digunakan untuk kembara anda yang sedang dirancang. Mulakan dengan kenalpasti destinasi anda dan berapa lama anda rancang untuk bercuti ke destinasi tersebut. Mula buat carian untuk dapatkan anggaran awal bajet yang anda perlukan.
Cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat pakej-pakej kembara ialah dengan membuat lawatan ke laman web agensi-agensi pelancongan yang ada dalam simpanan anda atau anda boleh juga membuat carian di google atau di aplikasi facebook. Di bawah ialah 2 contoh laman web yang memaparkan pakej-pakej kembara bersama dengan harganya:
- Al-Ilmi Travel and Tours Sdn Bhd
- Konsortium Agensi Kembara Traveria.Biz
Samada anda ingin mengembara secara solo atau anda ingin bersama keluarga atau mengajak kawan-kawan anda untuk bersama dengan anda, semestinyalah perlu ada seseorang yang mengetuai rombongan itu. Sekiranya kembara solo, maka andalah segala-galanya. Manakala sebagai ketua keluarga, kemungkinan si ayah akan minta isteri atau anak-anak untuk membantu mendapatkan maklumat. Berapa ramainya kumpulan kembara anda juga akan menentukan harga dan cara kembara anda ingin dilaksanakan.
Sekiranya anda inginkan itinerari yang lebih fleksibel dan mengikut kehendak anda, boleh saja anda memilih untuk melancong secara private. Kembara anda hanya ditemani oleh orang-orang yang anda inginkan bersama anda, samada dari kalangan ahli keluarga atau mungkin juga kawan-kawan yang rapat dengan anda.

Setelah anda mendapat kepastian tentang siapa yang akan bersama anda, satu tarikh perlu dicari dan dipersetujui bersama, sebab segala urusan selepas itu dapat dirancang dengan baik. Urusan permohonan cuti, permohonan insuran dan juga kebenaran ke luar negara bagi kakitangan awam. Perancangan juga perlu dibuat bagi pembelian tiket penerbangan bagi yang mengingini trip private, manakala bagi pelancongan bersama kumpulan, selalunya pihak Agen Pelancongan telah pun membuat booking tiket secara berkumpulan, jadi anda tidak perlu untuk merancang pembelian tiket. Anda hanya perlu memilih tarikh dari senarai tarikh yang disediakan.
Bagi setiap perjalanan yang dalam perancangan anda, kesihatan anda perlu betul-betul dijaga sekurangnya seminggu sebelum tarikh berlepas. Ianya termasuk berpantang bagi segala jenis makanan yang boleh mendatangkan masalah kepada anda. Kalau boleh, selang sehari anda keluar membuat latihan jalan kaki beberapa kilometer untuk memastikan kecerdasan anda berada ditahap terbaik. Bagi yang berkerusi roda juga persediaan awal perlu dibuat dengan memaklumkan keadaan anda kepada syarikat Agensi Pelancongan yang anda berurusan. Bagi yang ada masalah kesihatan, mereka juga perlu maklumkan keadaan kesihatan kepada syarikat Agensi Pelancongan supaya mereka maklum keadaan kumpulan yang mereka akan uruskan nanti.
Ketepatan tarikh membuat bayaran adalah penting untuk mengelakkan apa sahaja masalah yang mungkin berbangkit. Pastikan bayaran dibuat pada tarikh yang betul dan anda dapatkan Invois serta Resit yang sah dari syarikat Agensi Pelancongan yang anda berurusan.
Anda juga perlu maklum tentang surcaj pembatalan sekiranya dalam keadaan tertentu anda ingin membuat pembatalan. Permohonan pembatalan tertakluk kepada perkara 3.2.1 , 3.2.2 dan 3.2.3 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
Perkara 3.2.1
Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana yang lebih tinggi) akan dikenakan seorang.
Perkara 3.2.2
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: perlucutan hak deposit pelancongan
15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: Potongan 35% daripada harga pakej pelancongan
08-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: Potongan 50% daripada harga pakej pelancongan
03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: Potongan 75% daripada harga pakej pelancongan
02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas: Potongan 100% daripada harga pakej pelancongan
Perkara 3.2.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.2.2(Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat Syarikat Penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindah laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko pelanggan sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung)