6 tapak warisan UNESCO di Jordan

WARISAN UNESCO DI JORDAN: JORDAN MASA SILAM

Jordan, secara rasmi merupakan sebuah Kerajaan Bani Hashim, ianya adalah sebuah negara yang menempati rantau Levant Selatan di Asia Barat. Jordan bersempadan dengan Syria di utara, Iraq di timur, Arab Saudi di selatan, dan Israel serta wilayah Palestin yang diduduki di barat. Sungai Jordan, mengalir ke Laut Mati, terletak di sepanjang sempadan barat negara dalam Lembah yang memisahkan Jordan. Jordan mempunyai garis pantai kecil di sepanjang Laut Merah di barat dayanya, dipisahkan oleh Teluk Aqaba dari Mesir. Amman ialah ibu negara dan bandar terbesar, serta bandar paling ramai penduduk di Levant.

Jordan dizaman moden telah didiami sejak zaman Paleolitik. Tiga kerajaan berkembang di Transjordan semasa Zaman Besi: Ammon, Moab dan Edom. Pada abad ketiga SM, Nabatean Arab telah menubuhkan kerajaan mereka yang berpusat di Petra. Zaman Greco-Rom menyaksikan penubuhan beberapa bandar di Transjordan yang terdiri daripada Dekapolis. Kemudian, selepas berakhirnya pemerintahan Byzantine, wilayah itu menjadi sebahagian daripada wilayah dibawah pemerintahan khalifah Islam Ar-Rasyidin, Umayyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyyah. Apabila berlaku pemberontakan besar Arab ditahun 1916 semasa Perang Dunia I, bekas negara Syria Uthmaniyyah telah dibahagikan oleh kuasa Barat kepada beberapa wilayah , yang dari situ telah membawa kepada penubuhan kerajaan beraja Transjordan pada tahun 1921, yang menjadi sebahgian dari wilayah naungan British. Pada tahun 1946, negara itu mencapai kemerdekaan dan secara rasmi dikenali sebagai Kerajaan Bani Hashim Jordan. Jordan telah menawan dan menguasai Tebing Barat semasa perang Palestin 1948 tetapi kemudiannya telah ditawan oleh Israel pada tahun 1967. Jordan melepaskan tuntutannya ke atas wilayah itu kepada Palestin pada tahun 1988 dan menandatangani perjanjian damai dengan Israel. Bagi pelancong yang ingin ke Baitul Maqdis, mereka boleh memasukinya dari Jordan.

WARISAN UNESCO DI JORDAN: SENARAI TAPAK

UNESCO berusaha untuk mempromosikan pengenalan, perlindungan dan pemeliharaan warisan budaya dan semula jadi di seluruh dunia yang mempunyai nilai yang besar kepada manusia. Tapak-tapak itu diberikan status Warisan Dunia oleh UNESCO, yang bermaksud UNESCO telah mengiktiraf keperluan untuk melindungi dan memelihara warisan itu untuk generasi akan datang. Ianya melambangkan pemilikan dan tanggungjawab kolektif dunia antarabangsa ke atas warisan itu, Sebagai tambahan, UNESCO juga menyediakan sokongan berterusan kepada Jabatan Antikuiti Jordan dalam bentuk kapasiti pembinaan dan latihan pengurusan dan perlindungan tapak warisan. Terdapat enam tapak di Jordan termasuk dalam Senarai Warisan Dunia iaitu Petra, Qusayr Amra, M. Umm al-Rasas, Wadi Rum, al-Magtas, dan As-Salt telah mendapat pengiktirafan manakala terdapat lagi 16 tapak lain yang berada dalam senarai awal proses pengiktirafan.

Pejabat UNESCO di Amman bekerjasama rapat dengan Jabatan Antikuiti Jordan dan beberapa NGO, bagi memastikan tapak-tapak warisan mendapat perlindungan mampan dan juga memperolehi pengurusan tapak Warisan Dunia yang cekap dan berkesan, ia juga menyediakan sokongan untuk penyediaan fail bagi pencalonan tapak-tapak warisan baru.

1. WARISAN UNESCO DI JORDAN: PETRA

Pengenalan ringkas

Didiami sejak zaman prasejarah, bandar Kerajaan Nabataean ini, terletak di antara Laut Merah dan Laut Mati, merupakan persimpangan penting antara Arab, Mesir dan Syria-Phoenicia. Petra merupakan separuh binaan manakala separuh lagi diukir ke dalam batu. Ianya dikelilingi oleh gunung yang penuh dengan laluan dan gaung. Ia adalah salah satu tapak arkeologi yang terkenal di dunia, di mana tradisi Timur purba didapati bercampur dengan seni bina Helenistik.

Ia adalah salah satu tapak arkeologi terkaya dan terbesar di dunia yang terletak dalam landskap batu pasir merah yang mendominasi.

Petra UNESCO Site Jordan

Kehebatan dan Kecemerlangan
Kehebatan dan Kecemerlangan Petra terletak dalam sebilangan besar kerumitan seni bina kubur dan kuil; tempat tinggi keagamaan; sisa saluran, terowong dan empangan lencongan yang digabungkan dengan rangkaian tangki dan takungan yang luas yang mengawal dan memulihara hujan bermusim, dan tinggalan arkeologi yang luas termasuk perlombongan tembaga, kuil, gereja dan bangunan awam lain. Gabungan fasad seni bina Helenistik dengan kuil/makam batu tradisional Nabataean termasuk Khasneh, Makam Urn, Makam Istana, Makam Corinthian dan Deir ("biara") mewakili pencapaian artistik yang unik dan merupakan kumpulan seni bina yang cemerlang dari abad pertama SM hingga ke Masihi. Kepelbagaian tinggalan arkeologi dan monumen seni bina dari zaman prasejarah hingga kezaman pertengahan memberikan kesaksian yang luar biasa kepada tamadun yang kini telah hilang yang satu ketika silih berganti di tapak tersebut.

2. WARISAN UNESCO DI JORDAN: QUSEIR AMRA

Pengenalan ringkas

Dibina pada awal abad ke-8 bertempat di sebelah Wadi Butum, merupakan saliran air yang mengikut musim. Ianya merupakan bangunan di padang pasir, dibina sebagai kubu dengan garrison dan kediaman/istana hinggap dizaman khalifah Umayyah.

Istana hinggap kecil yang sangat terpelihara dengan baik terdiri daripada dewan penerimaan tetamu dan hammam (kompleks mandian dengan bilik persalinan, bilik-bilik yang berhawa panas dan juga sejuk), semuanya dihiasi dengan indah dengan mural kiasan yang mencerminkan seni sekular pada masa itu.

Warisan UNESCO di Jordan: Quseir Amra

Kehebatan dan Kecemerlangan
Lukisan fresko yang luas di dinding bangunan mandian dan dewan resepsi adalah unik untuk seni bina Islam pada zaman Umayyah. Lukisan dinding menunjukkan pengaruh daripada tema klasik barat, potret gaya Byzantine dan adegan perburuan, gambaran haiwan dan burung, dan disertakan dengan inskripsi dalam bahasa Yunani dan Arab. Perwakilan zodiak pada siling berkubah kaldarium (bilik panas) adalah salah satu gambaran yang paling awal diketahui, yang masih hidup tentang peta langit di atas kubah.
Binaan di padang pasir, dimana Istana hinggap ini merupakan sebahagian daripada kompleks binaan yang lebih meluas. Binaan ini adalah salah satu daripada beberapa yang binaan di kawasan separa gersang di timur Amman untuk tujuan berinteraksi dengan kawasan suku Wadi Butum. Oleh yang demikian, Quseir Amra adalah contoh yang luar biasa bagi kumpulan seni bina yang berkaitan secara khusus dengan strategi pentadbiran khilafah Islam yang pertama.

3. WARISAN UNESCO DI JORDAN: UM ER-RASAS

Pengenalan ringkas

Ianya terletak di tenggara Madaba di pinggir padang rumput separa gersang. Tapak arkeologi ini, yang bermula sebagai kem tentera Rom dan berkembang menjadi sebuah bandar dari abad ke-5, sebahagian besarnya tidak digali. Ia merupakan tinggalan zaman Rom, Byzantine dan zaman Awal Islam (akhir abad ke-3 hingga ke-9 Masihi). Termasuk dalam kawasan ini ialah kem tentera Rom yang berkubu bersama dengan enam belas buah gereja. Di situ terdapat beberapa lantai mozek yang dipelihara dengan baik, terutamanya lantai mozek Gereja St Stephen yang mempamirkan gambaran bandar-bandar di rantau itu. Binaan menara bersegi yang tinggi dan bangunan yang berhampiran mungkin satu-satunya peninggalan amalan keagamaan satu ketika dulu, yang terkenal di bahagian dunia sini iaitu para stylites (padri yang bertapa yang menghabiskan masa mengasingkan diri di atas tiang atau menara). Um er-Rasas dikelilingi, dan dihiasi, dengan peninggalan binaan sistem penanaman pertanian purba, termasuk teres, saluran air dan tangki.

Warisan UNESCO di Jordan: UM ER-RAS

Kehebatan dan Kecemerlangan
Kawasan ini terletak di penempatan luas zaman Byzantine/Umayyah. Tinggalan kesan menduduki bahagian dalam bekas kubu Rom dan juga meluas di luar temboknya ke utara. Ia termasuk gereja-gereja yang lantai mozeknya mempunyai nilai seni yang hebat. Lebih jauh ke utara, dalam kumpulan runtuhan berasingan yang dikaitkan dengan kuari dan tangki, adalah penginapan menara unik yang lengkap bagi padri-padri bertapa.

Peta gambar di lantai mozek Gereja St Stephen mempamirkan beberapa bandar di Palestin dan Mesir di bekas Empayar Byzantine dikenal pasti dengan nama tempat mereka dalam skrip lama Yunani. Ini amat penting baik dari sudut nilai artistik atau juga sebagai rekod geografi. Lantai mozek di lain-lain gereja, termasuk Gereja Singa, Gereja Bishop Sergius, Gereja Sungai, Gereja Pokok Palma, Gereja Bishop Paul dan Gereja Paderi Wa'il menggambarkan burung dan haiwan, nelayan dan pemburu yang digabungkan ke dalam hamparan mozek geometri yang luas.

Kehidupan padri-padri pertapa dilaksanakan melalui menara batu setinggi 14 meter yang dibina di tengah-tengah halaman yang bersebelahan dengan sebuah gereja kecil (Gereja Menara). Sebuah bilik di bahagian atas menara, boleh diakses dari pintu di selatan, boleh dicapai dengan tangga boleh tanggal adalah merupakan tempat tinggal padri-padri.

Arkeologi dan inskripsi menunjukkan bukti bahawa agama Kristian monastik telah dibenarkan untuk diteruskan pada zaman pemerintahan Islam di abad ke-7 dan ke-8 dan memberi kesaksian kepada mudahnya penyebaran kepercayaan monoteistik di rantau ini.

4. WARISAN UNESCO DI JORDAN: WADI RUM

Pengenalan ringkas

Tapak seluas 74,000 hektar itu, merupakan tapak pertembungan dan percampuran budaya dan alam semula. Ianya terletak di selatan Jordan, berhampiran sempadan dengan Arab Saudi. Ia menampilkan landskap padang pasir yang pelbagai yang terdiri daripada beberapa gaung sempit, gerbang semula jadi, tebing yang menjulang tinggi, tanjakan, tanah runtuh besar dan gua. Petroglyphs, inskripsi dan tinggalan arkeologi menemukan pendudukan sejak 12,000 bersama dengan interaksi mereka dengan alam semula jadi persekitaran. Gabungan 25,000 ukiran batu dengan 20,000 inskripsi menjejaki evolusi pemikiran manusia dan perkembangan awal abjad. Tapak ini menggambarkan evolusi aktiviti pastoral, pertanian dan bandar di rantau ini.

Warisan Dunia UNESCO di Jordan: Wadi Rum

Kehebatan dan Kecemerlangan

Wadi Rum terletak di bahagian selatan Jordan, ke timur Lembah Rift dan ke selatan lereng curam dataran tinggi Jordan tengah. Ia terdiri daripada kawasan seluas 74,200 hektar. Kehebatan alam semula jadi Wadi Rum termasuk bentuk muka bumi padang pasir yang terbentuk ke dalam batu pasir benua. Bentuk muka bumi ini telah tercipta di bawah pengaruh gabungan pelbagai faktor, seperti litologi, aktiviti tektonik (termasuk daya angkat pantas, banyak sesar dan sendi) dan proses permukaan (termasuk pelbagai jenis luluhawa dan hakisan yang berkaitan dengan iklim padang pasir serta iklim lembap pada masa lalu), mewakili jutaan tahun evolusi landskap yang berterusan.

Petroglyphs, inskripsi dan peninggalan arkeologi yang meluas memberi kesaksian kepada 12,000 tahun pendudukan manusia dan interaksi dengan persekitaran semula jadi, menggambarkan evolusi aktiviti manusia pastoral, pertanian dan bandar di Semenanjung Arab dan sejarah alam sekitar rantau ini.

5. WARISAN UNESCO DI JORDAN: Tapak Pembaptisan “Bethany Beyond the Jordan” (AL-MAGHTAS)

Pengenalan ringkas

Terletak di tebing timur Sungai Jordan, sembilan kilometer ke utara Laut Mati, tapak arkeologi ini terdiri daripada dua kawasan berbeza: Tell Al-Kharrar, juga dikenali sebagai Jabal Mar-Elias (Bukit Elijah) dan kawasan gereja Saint John the Baptist berhampiran sungai. Terletak dalam persekitaran semula jadi yang bersih, tapak ini dipercayai oleh penganut Kristian menjadi lokasi di mana Nabi Isa dari Nazareth dibaptiskan oleh Nabi Yahya Pembaptis. Ia merupakan tapak tinggalan Rom dan Byzantine termasuk gereja dan gereja kecil, sebuah biara, gua yang telah digunakan oleh pertapa dan kolam di mana pembaptisan dilaksanakan. Ianya membuktikan upacara keagamaan di situ suatu ketika dulu. Tapak ini adalah meruapakan tempat ziarah penganut Kristian.

Warisan dunia UNESCO di Jordan

Kehebatan dan Kecemerlangan

Tinggalan binaan yang dikaitkan dengan peristiwa pembaptisan bersejarah itu termasuklah binaan sistem pengumpulan air dan kolam serta gereja yang dibina kemudian iaitu termasuk gereja kecil, biara, gua pertapa, kolam pembaptisan salib dan tempat rihat penziarah. Struktur arkeologi ini memberi kesaksian kepada permulaan awal akan kepentingan tempat ini yang kemudiannya memulakan pembinaan gereja, kediaman gua pertapa dan aktiviti ziarah. Tapak Pembaptisan mempunyai kepentingan keagamaan yang besar kepada majoriti penganut Kristian, yang telah menerima tapak ini sebagai lokasi di mana Nabi Isa a.s dari Nazareth dibaptiskan oleh Nabi Yahya.

Selain itu tapak ini dikenali juga dengan kehidupan Nabi Elias dan Elisa, yang mempunyai mempunyai kisah-kisahnya dalam agama Islam dan Yahudi selain dari Kristian.

6. WARISAN UNESCO DI JORDAN: AS-SALT

Pengenalan ringkas

Dibina di atas tiga bukit dengan jarak yang rapat di tanah tinggi Balqa di barat-tengah Jordan, bandar As-Salt, merupakan penghubung perdagangan penting antara padang pasir timur dan barat. Selama 60 tahun terakhir zaman Uthmaniyyah, wilayah ini makmur dengan kedatangan dan penempatan para pedagang dari Nablus, Syria, dan Lubnan yang memperoleh kekayaan dalam perdagangan, perbankan, dan pertanian. Kemakmuran ini menarik tukang-tukang mahir dari pelbagai bahagian di rantau ini yang berusaha mengubah penempatan luar bandar yang sederhana menjadi sebuah bandar yang berkembang maju dengan susun atur yang tersendiri dan seni bina yang dicirikan oleh bangunan awam yang besar dan kediaman keluarga yang dibina daripada batu kapur kuning tempatan. Teras bandar tapak ini merangkumi kira-kira 650 bangunan bersejarah penting yang mempamerkan gabungan gaya Art Nouveau Eropah dan Neo-Kolonial yang digabungkan dengan tradisi tempatan. Pembangunan bandar yang bercampur ini menunjukkan toleransi antara orang Islam dan Kristian yang membangunkan tradisi toleransi yang ditunjukan di Madafas (rumah tetamu, dikenali sebagai Dawaween) dan sistem kebajikan sosial yang dikenali sebagai Takaful Ijtimai’. Ciri-ciri unik yang ketara dan tidak ketara bandar ini muncul melalui gabungan tradisi luar bandar dan amalan pedagang kaya termasuk juga peniaga semasa Zaman Keemasan pembangunan As-Salt antara 1860-an hingga 1920-an.

WARISAN DUNIA UNESCO DI JORDAN:AS SALT

Kehebatan dan Kecemerlangan

Bandar As-Salt menjadi ibu kota Transjordan dan pusat perdagangan yang berkembang maju pada zaman akhir Uthmaniyyah, mengalami 'Zaman Keemasan' antara tahun 1860-an dan 1920-an. Kesan daripada pembaharuan 'Tanzimat' Uthmaniyyah membawa peningkatan keselamatan, struktur pentadbiran dan perdagangan. As-Salt menjadi pusat kepada rangkaian perdagangan antara padang rumput timur dan barat, dan berkembang dalam kekayaan melalui kedatangan dan penempatan pedagang dari Nablus, Syria, dan Lubnan yang membuat kekayaan mereka dalam perdagangan, perbankan, dan pertanian. Kemakmuran ini menarik kedatangan pekerja-pekerja mahir dan As-Salt telah diubah daripada penempatan luar bandar yang sederhana kepada sebuah bandar yang berkembang maju dengan pemandangan bandar dan seni binanya yang tersendiri.

Bandar ini mempunyai bangunan awam yang besar dan kediaman persendirian yang dicirikan oleh lorong tengah dan tiga keluk, dibina daripada batu kapur kuning. Ini menunjukkan gabungan pengaruh seni bina vernakular dan moden serta ketukangan yang mahir. Bandar yang disesuaikan dengan topografi berlipat curam, kedudukan pusat bandar bersejarah ini dicirikan oleh rangkaian tangga yang saling berkait bersama dengan lorong, dataran dan ruang awam serta jalan. Hasilnya ialah fabrik bandar padat yang menghubungkan kawasan kejiranan penduduk bandar dengan ruang awam dan jalan. Ciri-ciri ketara ini telah membentuk budaya bandar di bandar itu, termasuk tradisi budaya toleransi yang tersendiri antara penduduk mereka dari kumpulan budaya dan agama yang berbeza. Masyarakat Islam dan Kristian berkongsi banyak tradisi, yang dipamirkan dari kurangnya garis pengasingan fizikal di antara mereka. Industri tradisi termasuk perhotelan, difahamkan mencerminkan gabungan budaya tempatan dan pedagang borjuasi yang masuk semasa 'Zaman Keemasan' pembangunan As-Salt. Bandar ini juga memiliki sistem kebajikan sosial yang dikenali sebagai Takaful Ijtimai' dan juga kaedah penyediaan layanan di Madafas (rumah tumpangan, yang dikenali secara tempatan sebagai Dawaween).

Budaya toleransi, hospitaliti, dan kebajikan sosial yang diamalkan oleh orang Arab di rantau ini adalah merupakan perkara yang biasa di kesemua kawasan di sini dan telah menyumbang kepada pembinaan identiti Trans-Jordania moden.